Sabtu, 20 Oktober 2012

:: Redha dengan Ketentuan Allah S.W.T ::




** Setiap perjalanan kita telah ditentukan olehNya tapi kita yg tidak tahu apa akan jadi seterusnya.. **

Ketahuilah setiap sesuatu di dalam pemerhatian dan pengawasan Tuhan. Wahai diriku, ketahuilah bahawa semua perkara yang berlaku kepadaku berada di dalam pengetahuan Allah. Semuanya di dalam pemerhatian dan pengawasanNya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang aku alami. Dia amat mengetahui segala yang menimpa diriku. Allah mengetahui penderitaan hambaNya.  
Kesabaran sentiasa dalam diriku.

Aku tahu Sebenarnya seluruh manusia tidak akan mampu untuk menolongku, malah diriku sendiri pun tidak akan berupaya untuk menolongku kecuali apa yang diizinkan oleh Allah sahaja. Hanya kepada Tuhan sajalah tempat untuk aku mengadu dan memohon.
Redhalah dengan ketentuanNya.

Sedarilah, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang aku alami dan aku sentiasa berada di dalam pengawasanNya dan sesungguhnya aku berada di sini hanyalah untuk diuji.

Selasa, 9 Oktober 2012

~~ Menghina Orang Lain ~~




Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”

Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi
Huraian:

  • Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.
  • Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

Ahad, 23 September 2012

:: KECANTIKAN & KEBURUKAN ::

Ehem....Ehem...Ehem...
Lame tk jenguk blog yg tk seberapa nie....
hurrmmmm....

KECANTIKAN & KEBURUKAN ? ? ? ?

Memang sesorg akn memilih kecantikan...!!!!!keburukan akn dpandang sebelah mata je...Baru ku tahu selama ini....Tak bole nak sertai dlm sume itu....Hati semakin menjadi kecil2....Selepas ini cuba elakkan apa yg telah berlaku....Puas dah rasai sume itu tapi d'akhir dgn airmata...Terpulanglah sama ada mahu diterima @ tidak...ALLAH maha MENGETAHUI....Hati ni dah penat...Tak larat dah nak lalui lagi cmtu...Tak sangka semua itu !!!!


Selasa, 26 Jun 2012

:: ApAm PoLkAdOt 'iKaMaR' ::

Alhamdulillah,berjaya juga hasilkan apam polkadot ini...
Apam yg comel & bercolour2...suke dot2 tu... ( :
Ma t'senyum lebar melihat anak sulungnya bjya menghasilkn apam dot2 ini...



CoLoUr PiLiHaN sAyA ! !

AcUaN yG mEmBuAtKaN aPaM jD cOMeL !!
SeSuDaH dI dOt-DoT kAn ! 

JuM pACkInG uTk MaKcIk JiRaN ! 
HaSiLnYa .... (:
bErCoLoUr . . .






Rabu, 18 April 2012

~~ Ceritera Lalu ~~

Kenapa kadang2 teringat yg lalu??
huh...
Mcm2 ujian dan dugaan...
Kena sabar laluinya...
Ishk...
Apelaaa...
Ermmm...
Tak sangka ianya terjadi...
Ingatkan dlm drama je ade camtu....hihihi...
Tak tahulaa apa akan jadi seterusnya nanti...
Memanglaa pusing2 pun akan bjumpa...
Tapi susahlaaa...
Kena fikir pnjang perkara2 cmni...
Kadang2 pelik...ada juge perkara camtu...
Selisih malaikat 44,jangan laaa ikuti camtu...
Tak mau,,,tak mau...
( :


Sampai mati akan ingt ayat ni...
Selalu my twin pesan kalau airmata mengalir..

:: biar org buat kita,jgn kita buat org ::
:: lebih baik berdiam daripada berkata2 ::

~ ambil masa yg lama nak maafkan semua tu...
   kena slow2 laa kot kan . . .soriiiiiii ( = ~
~ tapi apa pun biarlaaa apa org nak kata.. ~
~ dlm dunia ni takade sesape pun yg sempurna ~
~ jadinyaa seblm nk kate org baik kite tgk kite cmnekan ~
~ ""jgn berlagak"" ayah selalu pesan camtu... ~


{ semoga dapat lupakan apa yg selalu diingati walaupun tknk ingat...hehehe... =)) }

Jumaat, 30 Mac 2012

~ 4 perkara dihujung bulan mac ~

ehem3...testing...1...2...3... hihihihi...

aiiii,mcm2 hal laaa...penatlaaa nak memikir...
tp kena sabar...ALLAH sygkan org yg sabar tempuhi dugaan yg mdtg...
bnyk perkara.... ! ! !

30 MAC 2012

1- thnxxxxxxx sis ika bg semangat utk buat sesuatu yg baru tu . . . . (wait n see)2- tk sngka "dia" mcmtu arini....sabar jelaa....ishk3...tlglaa "dia" jgn terikut perangai org tu . . . . (berubahlah)3- thnxxxx ayah terima cadangan anakmu . . . . (mudah-mudahan dptlaa kan)4- terharu ! ! terima call dari sis yana n bro alif . . . . (nak nagis tp tahankan je)


ALLAH MAHA ADIL . . . .setiap apa yg berlaku pasti ada balasannya samada baik @ buruk . . . .berdoa saja yg mampu dilakukan. . . .

Sabtu, 17 Mac 2012

:: 19 perkara tentang wanita menarik ::


Ramai yang tidak tahu bahwa ada beberapa pekara yang telah terkait dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita. Ciri-ciri tersebut diuraikan di bawah ini :-

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun) 10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.