Jumaat, 30 Mac 2012

~ 4 perkara dihujung bulan mac ~

ehem3...testing...1...2...3... hihihihi...

aiiii,mcm2 hal laaa...penatlaaa nak memikir...
tp kena sabar...ALLAH sygkan org yg sabar tempuhi dugaan yg mdtg...
bnyk perkara.... ! ! !

30 MAC 2012

1- thnxxxxxxx sis ika bg semangat utk buat sesuatu yg baru tu . . . . (wait n see)2- tk sngka "dia" mcmtu arini....sabar jelaa....ishk3...tlglaa "dia" jgn terikut perangai org tu . . . . (berubahlah)3- thnxxxx ayah terima cadangan anakmu . . . . (mudah-mudahan dptlaa kan)4- terharu ! ! terima call dari sis yana n bro alif . . . . (nak nagis tp tahankan je)


ALLAH MAHA ADIL . . . .setiap apa yg berlaku pasti ada balasannya samada baik @ buruk . . . .berdoa saja yg mampu dilakukan. . . .

Sabtu, 17 Mac 2012

:: 19 perkara tentang wanita menarik ::


Ramai yang tidak tahu bahwa ada beberapa pekara yang telah terkait dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita. Ciri-ciri tersebut diuraikan di bawah ini :-

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun) 10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

Isnin, 12 Mac 2012

Hukum Rebonding (Lurus) Rambut Dalam Islam

Adakah rebonding atau luruskan rambut dibenarkan dalam Islam?
…الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه أجمعين، وبعد
Merujuk kepada makna asal perkataan rebonding adalah meluruskan semula rambut. Namun perkataan tersebut digunakan juga dengan makna “kerinting” rambut. Secara umumnya, tiada nas yang spesifik menyentuh mengenai larangan atau keharusan meluruskan atau mengkerintingkan rambut. Bagi mereka yang berpendapat hukum rebonding haram berhujah bahawa amalan tersebut termasuk dalam erti kata mengubah kejadian asal yang diciptakan Allah. Hal ini bersandarkan hadis yang diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud, ia berkata:
“Allah ‘Azza Wa Jalla melaknat orang yang mentatu dan yang meminta ditatukan, yang mencukur alisnya (bulu kening) dan menjarangkan giginya untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Bagi mereka yang mengharuskan rebonding berhujah bahawa larangan dalam hadis tersebut bermaksud mengubah struktur dan fungsi ciptaan Allah secara kekal. Manakala rebonding bukan mengubah struktur dan fungsinya yang asal malah masih dalam konteks tidak kekal dan sangat berkait dengan kaedah dan tata cara menguruskan rambut. Lebih-lebih lagi dalam konteks berhias kepada suaminya. Sebagaimana diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas pernah berkata:
“Sesungguhnya aku berhias untuk isteriku sebagaimana aku suka dia berhias untukku. Sebagaimana aku suka menuntut semua hakku daripadanya, aku juga menyempurnakan semua haknya daripadaku“.
Pada hemat saya, untuk menentukan sama ada amalan tersebut termasuk diharuskan atau sebaliknya beberapa aspek perlu diteliti;
1. Niat dan tujuan
Sekiranya bertujuan untuk kecantikan diri, ianya masih dalam ruang lingkup perkara yang diharuskan lebih-lebih lagi berhias untuk suami. Sabda nabi saw yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan“. Namun dalam waktu yang sama kita perlu mengakui hakikat di sebalik hikmat Allah menciptakan manusia dalam pelbagai bentuk dan rupa wajah dan kita diciptakan dengan secantik kejadian. Maka jika tujuannya untuk berhias di luar rumah maka sudah pasti hukumnya adalah haram.
2. Bahan yang digunakan
Bahan yang digunakan mestilah suci dan bersih dari sudut syara`. Ini bermaksud jika bahan yang digunakan terdiri daripada bahan kimia, maka pengesahan status halalnya perlu dirujuk kepada pihak berwajib. Begitu juga dari sudut kalis air atau sebaliknya. Hal ini perlu dipertimbangkan kerana ia melibatkan hukum mandi wajib dan berwudhuk iaitu memerlukan rambut tersebut dibasahkan. Ini beerti jika bahan kimia tersebut kalis air maka hukumnya haram sekalipun suci dan bersih.
3. Siapa yang melakukan proses rebonding? 
Proses rebonding tersebut hendaklah dilakukan oleh rakan sejantina. Dengan itu tidak harus jika yang melakukan rebonding tersebut seorang lelaki sekalipun ditemani oleh suaminya kerana perbuatan tersebut telah mendedahkan aurat kepada orang yang diharamkan melihat auratnya. Persoalan lain juga yang harus difikirkan mengenai hukum mendedahkan aurat kepada wanita bukan Islam dalam keadaan yang bukan diperlukan atau “ dharuri”.
4. Kesan 
Antara perkara yang perlu dipertimbangkan, adalah kesan langsung atau sampingan akibat melakukan rebonding. Secara ikhlas, saya tiada mempunyai maklumat mendalam mengenai kesan sampingan penggunaan bahan kimia berkenaan. Tetapi secara prinsipnya, jika penggunaan tersebut memberi kesan negatif sama ada secara langsung atau jangka panjang maka hukumnya adalah haram berasaskan hadis nabi saw: لا ضرر ولا ضرار yang bermaksud “jangan kamu melakukan kemudharatan dan mendatangkan kemudharatan” .
Semoga garis panduan yang diberikan dapat membantu saudari membuat keputusannya.
والله أعلم بالصواب
Disediakan oleh:
Ustaz Dr Ridzuan Ahmad

Selasa, 6 Mac 2012

Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha



















"Saya takut menjadi musyrik. Saya takut menyekutukan Cinta saya kepada Allah karena cinta saya kepada Yusuf. Saya rindu untuk bisa dibelai Allah, tetapi hati saya dipenuhi pula kerinduan kepada Yusuf. Apakah saya sudah menjadi manusia musyrik, ya Ustadz? Tolonglah saya! Demi Allah, saya tidak kuasa untuk memilih satu dari cinta dan kerinduan ini. Rindu saya untuk menggapai Wajah Allah seiring rindu saya menggapai wajah Yusuf?."



Rintihan Zulaikha merobek-robek angkasa malam. Cinta dan kerinduannya kepada Yusuf demikian mendalam. Inilah kitab cinta sang wanita muslimah kepada Yusuf? Seorang pemuda Muslim yang diberkati wajah yang bercahaya. Akankah takdir Yang Maha Kuasa membimbingnya menyatukan jiwanya dengan jiwa Yusuf, sekalipun jalan cinta yang harus dilalui oleh sepasang insan ini demikian berliku? Cinta, keimanan, kerinduan, keindahan, mengamuk bersama nyala api kecemburuan, iri, kebencian, kekecewaan, kepedihan, nafsu dan amarah. Sangat mendera iman?



Inilah novel spiritual cinta dan iman berasaskan kisah al-Qur'an yang telah dieksplorasi ke dalam beragam karakter hidup, pengalaman dan perilaku umat kontemporari. Sebuah inspirasi hidup bagi kaum muslimin/muslimat dalam menjalin ibadah, cinta dan obsesi hidupnya. Sebuah mahakarya novelis Muslim terkemuka saat ini, Taufiqurrahman al-Azizy, yang telah berhasil membangkitkan ranah sastra religius Indonesia melalui Trilogi Makrifat Cinta (Syahadat Cinta, Musafir Cinta dan Makrifat Cinta).



Kisah bermula dengan kehadiran tujuh orang mahasiswa dan mahasiswi untuk membuat kajian di Kampung Telagasari. Kumpulan tersebut terdiri dari Rindu,Dewi, Intan, Zulaikha, Dicky, Doni dan Rangga. Di sana mereka telah bertemu dengan dua orang sahabat yang cukup akrab Umar dan Yusuf. Umar merupakan seorang mahasiswa sebuah universiti di kota manakala Yusuf hanyalah seorang pemuda yang mengabdikan diri pada kampung sahaja oleh kerana dihimpit kemiskinan.



Cinta Zulaikha terhadap Yusuf dinyatakan melalui surat-surat Zulaikha yang dikirimkan kepada Yusuf sekembalinya ke kota. Namun Yusuf dengan berhati-hati membalas surat tersebut agar tidak memberikan pengharapan mahupun tidak melukakan hati Zulaikha.



Namun begitu tanpa disedari, Atikah teman sekampung serta jiran Yusuf turut mencintainya secara senyap-senyap. Perkara ini menjadi buah mulut orang kampung mengenai dua gadis yang mendambakan cinta Yusuf. Ianya membuatkan Yusuf dan ayahnya Ya'kub menjadi serba salah. Apatah lagi Atikah dan ibunya menggunakan pelbagai cara untuk menawan hati Yusuf. Maka timbulah fitnah yang diada-adakan oleh ibu Atikah terhadap Yusuf yang menyebabkan dia membawa diri jauh ke kota demi mengelak berlakunya fitnah yang lebih buruk.



Manakala Zulaikha pula oleh kerana kerinduan cintanya kepada Yusuf, telah mengambil keputusan untuk pergi menemui Yusuf di desa Telagasari. Namun, ternyata kedatangannya itu agak terlewat kerana Yusuf telah pun membawa dirinya ke kota. Maka Zalaikha nekad untuk tinggal di desa itu demi menjaga Ya'kub, ayah Yusuf walaupun ditolak orang tua itu. Zulaikha tinggal bersama Atikah dan ibunya tanpa mengetahui bahawa Atikah dan ibunya telah merancang untuk menghancurkan cinta Zulaikha dan Yusuf dengan memasukkan Umar, sahabat baik Yusuf sendiri sebagai orang ketiga. Maka oleh kerana kesunyian tanpa Yusuf, cinta Zulaikha telah beralih arah kepada Umar.



Di kota, Yusuf bekerja sebagai tukang pengilap kasut disebuah Masjid. Dia juga turut mendapat kepercayaan tuan imam untuk bertugas secara sambilan sebagai muazzin dan penceramah. Disitulah yang membawa kepada pertemuan dengan Ahsin Wijaya, ayah Zulaikah tanpa pengetahuannya. Pak Ahsin begitu tertarik dengan akhlak Yusuf sehinggakan dia menawarkan Yusuf untuk bekerja dirumahnya sebagai tukang kebun. Pak Ahsin telah menguji keikhlasan dan amanah Yusuf dengan beberapa kejadian, namun ternyata Yusuf adalah kuat imannya.



Di desa Telagasari, penduduk heboh memperkatakan bahawa Zulaikha dan Umar akan berkahwin. Ramai penduduk yang mengutuk serta membenci Zulaikha dan Umar. Bagi mereka, Zulaikha merupakan seorang yang munafik dalam cintanya terhadap Yusuf. Manakala Umar pula merupakan penjahat yang sanggup menikam sahabatnya sendiri Yusuf dengan merampas cinta Zulaikha.



Tapi segala-galanya terbongkar pada hari pertunangan antara Umar dan Zulaikha. Bersaksikan semua hadirin termasuk Yusuf dan ayahnya, Umar mendedahkan bahawa Umar sengaja berbuat demikian seolah-olah mencintai dan akan mengahwini Zulaikha demi keselamatan Zulaikha sendiri. Umar tahu perancangan jahat Atikah dan ibunya, lalu berpura-pura mencintai Zulaikha agar Zulaikha terselamat dari perancangan yang lebih jahat lagi. Umar memberitahu dia sekali-kali tidak akan tergamak untuk menghancurkan cinta sahabatnya sendiri. Lalu menyerahkan Zulaikha kepangkuan Yusuf dengan selamatnya.