Isnin, 6 Februari 2012

~ doa untuk menjadi org yg sabar ~


"...Apabila dirimu diuji dengan pelbagai macam bentuk ujianNya... Maka, usahlah bersedih kerana dirimu adalah insan terpilih..."

Ingatlah bahawa, kesabaran yang terbit didalam jiwamu akan membuahkan benih-benih pahala yang tidak disangka-sangkan oleh diri kita. Sebagaimana dalam firmanNya..

"Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, bertakwalah kepada Tuhanmu". Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas."[Az-Zumar ayat 10]

Sabar adalah perkataan yang selalu kita ungkapkan. Apabila ada musibah menimpa orang sekeliling kita, dengan mudah kita melafazkan, sabarlah. However, the real test comes when we ourselves are facing such time of trial..

Sesungguhnya sabar sentiasa dianjurkan oleh Islam, sebagaimana yang telah diilhamkan oleh Luqmanul Hakim kepada anak-anaknya, yang termaktub didalam kalam Allah Ta'ala.

"Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)."[Luqman ayat 17]

Apabila sesuatu yang menguji kesabaranmu di dunia, namun dirimu tetap juga bersabar menghadapinya, insyaAllah setiap saat yang dilalui pasti diberi ganjaran pahala olehNya..

Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala (tahap ganjaran adalah setimpal dengan tahap kesukaran mihna’), dan Allah apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang ingkar , maka akan beroleh azab Allah.” [Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani:Hasan Sohih]

".....Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah), yaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa keatas mereka, orang-orang yang mendirikan solat dan orang-orang yang menafkahkan sebahagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka."[Al-Hajj ayat 34-35]

Mungkin kesabaran dalam kesusahan dan kesulitan adalah berbeza dari kesabaran dalam kesenangan dan kemewahan, kerana cara menghadapinya pasti juga turut berbeza.. kerana sabar dalam hidup serba kesenangan mungkin mudah berbanding sabar dalam hidup serba kesempitan dan kekurangan.. 

Sabar itu membentuk jiwa manusia menjadi kuat dan teguh tatkala menghadapi bencana (musibah). Jiwanya tidak bergoncang, tidak gelisah, tidak panik, tidak hilang keseimbangan, tidak berubah pendirian. Tak ubahnya laksana
batu karang di tengah lautan yang tidak bergeser sedikit pun tatkala dipukul ombak dan gelombang yang bergulung-gulung.

Maka, seharusnya kita perbanyakkanlah berdoa agar Allah mengurniakan kesabaran kedalam jiwa-jiwa kita..

"....Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu)".[Al-A'raaf ayat 126]

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM


1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.

Ahad, 5 Februari 2012

:: 3 feb - 7 feb 2012 ::

~ Besar ujian yg melanda diri ini . . .

~ Kena tabah lalui semua ini . . .

~ Sudah tertulis semua ini akan berlaku pd diri ini . . .

~ Kena bnyk bersabar untuk semua ini . . .

~ Selalu lemah dgn apa yg berlaku . . .

~ Tak kuat mcm org lain . . .

~ Mampu berdoa utk semua ini . . .

~ Mungkin ada hikmah semua ini berlaku  . . .

~ S.A.B.A.R ~
~ T.A.B.A.H ~
~ D.O.A ~


~~ Febret Song ='( ~~


Lirik Lagu Sesaat Kau Datang -Ramlah Ram ft SleeQ

Verse 1
Sesaat Kau Datang……..
Sesaat Kau Hilang………
Kemunculan dirimu…..
Penuh misteri………..

Verse 2
Kau Mendekat…
Kau Menjauh….
Kau tinggalkan diriku…
Sesudahnya kau membuang
Mencampakkan aku……….

Verse 3
(Alif)


Its not that i dont love you
I just dont want to hurt you
I cant let go of all the good times we share together

(Syarif)
I hate to be cold but i got to let you go

Chorus:
Sungguh kejamnya dirimu….
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan…
Kau remukkan cinta yang telah kita bina…..
Ha….Ha…..Ha…Ha.…Ha…..Ha…

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati…
Tapi ku ikhlas melepaskanmu…
Karena aku manusia biasa…..

Verse 4
(Alif and Syarif)
Nothings easy girl
Nothings easy girl
Aint nothings easy i hope you understand me girl
Nothings easy girl
Aint nothing in this world
Could ever compare to what we had 
Whats gone

Repeat Chorus:
Sungguh kejamnya dirimu….
Mengkhianati cinta yang ku semat dijiwa..
Kau hancurkan segala harapan…
Kau remukkan cinta yang telah kita bina…..
Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati…
Tapi ku ikhlas melepaskanmu…
Karena aku manusia biasa…..

Verse 5
Tiada salahku kepada dirimu
Kau buatku sengsara
Kau buat kecewa
Ku Harap ada karma

Yang datang kepadamu……kepadamu

:: BIODATA RASULULLAH SAW ::

BIODATA RASULULLAH SAW

• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul
Muttalib bin Hashim
• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April
571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena
peristiwa tentera bergajah Abrahah yang
menyerang kota Ka'abah) • Tempat lahir: Di rumah
Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
• Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin
Hashim
• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah
(digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa
Rasulullah SAW)
• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba
perempuan Abu Lahab)
• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-
Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah.
Suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang
dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan
bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan
meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung
yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai
oleh datuknya 'Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya,
Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan
pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir
ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra,
negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama
Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua
rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab
yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di
dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187
menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW
ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai
peperangan itu beberapa hari dan berperanan
mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian
damai untuk memberi pertolongan kepada orang
yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan
perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-
Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki
suruhan Khadijah..
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan
beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi
berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah)
untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun
ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah
sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan
dinding Ka'abah.
• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh
pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk
meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan
sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung
perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan
menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan
ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/
24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-
Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun
11H/ 8 Jun 632M.