Sabtu, 20 Oktober 2012

:: Redha dengan Ketentuan Allah S.W.T ::




** Setiap perjalanan kita telah ditentukan olehNya tapi kita yg tidak tahu apa akan jadi seterusnya.. **

Ketahuilah setiap sesuatu di dalam pemerhatian dan pengawasan Tuhan. Wahai diriku, ketahuilah bahawa semua perkara yang berlaku kepadaku berada di dalam pengetahuan Allah. Semuanya di dalam pemerhatian dan pengawasanNya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang aku alami. Dia amat mengetahui segala yang menimpa diriku. Allah mengetahui penderitaan hambaNya.  
Kesabaran sentiasa dalam diriku.

Aku tahu Sebenarnya seluruh manusia tidak akan mampu untuk menolongku, malah diriku sendiri pun tidak akan berupaya untuk menolongku kecuali apa yang diizinkan oleh Allah sahaja. Hanya kepada Tuhan sajalah tempat untuk aku mengadu dan memohon.
Redhalah dengan ketentuanNya.

Sedarilah, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang aku alami dan aku sentiasa berada di dalam pengawasanNya dan sesungguhnya aku berada di sini hanyalah untuk diuji.

Selasa, 9 Oktober 2012

~~ Menghina Orang Lain ~~




Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”

Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi
Huraian:

  • Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.
  • Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.